BLOG

BERHENTI RISAU BATUK BERKAHAK DENGAN 4 REMEDI MUDAH

Musim hujan dan panas yang tidak menentu sekarang pasti membuatkan kita merasa tidak selesa pada tekak dan seringkali dijangkiti batuk. Batuk bukan sahaja menyebabkan kita merasa tidak selesa malah kadang kala mengganggu fokus kita untuk bekerja seharian. Ada juga kes batuk yang menjurus kepada sakit dada. Kali ini kamikongsikan petua mudah mengubati batuk berkahak.
 
1. MADU
Madu merupakan satu manisan atau herba yang baik untuk orang yang mengalami sakit tekak dan batuk. Menurut satu kajian, madu boleh melegakan batuk lebih berkesan berbanding ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk.
Anda boleh pelbagaikan cara untuk pengambilan madu seperti dilarutkan dalam air suam ataupun seperti yang popular, dicampur dengan jus lemon. Kaedah ini hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk disiapkan dan amat mujarab.
 
2. ASAM JAWA
Asam jawa sangat dikenali dalam masakan melayu namun tahukah anda asam jawa juga mempunyai khasiat yang baik untuk mengubati batuk. Hanya perlu campurkan 2 sudu asam jawa dalam segelas ais suam, larutkan dan tapis airnya supaya serat dan biji asam jawa dapat diasingkan. Amalkan 2 kali sehari akan dapat mengurangkan radang yang mengakibatkan batuk.
 
3. AISKRIM VANILLA
Aiskrim berperisa vanilla juga menjadi antara salah satu remedi untuk mengurangkan batuk. Ini kerana aiskrim bersifat menyejukkan dan menyenangkan. Aiskrim dan ais batu berbeza sifatnya dan yang terbukti berkesan hanyalah aiskrim bukannya ais batu. Ais batu hanya membantu mengakibatkan batuk anda bertambah teruk.
 
4. AIR MINERAL
Air mineral merupakan remedi yang paling mudah untuk diamalkan dalam mengubati batuk. Batuk biasanya terjadi apabila tekak terlalu kering. Air mineral membantu mencairkan kahak dan menghalang tekak anda daripada menjadi kering. Amalkan pengambilan air mineral dalam kuantiti yang menukupi dan pasti sakit tekak dan batuk anda akan sembuh.

KEPENTINGAN SARAPAN PAGI UNTUK KECEMERLANGAN ANAK ANAK

Sarapan pagi amat penting dalam memulakan hari hari kita lebih lebih lagi untuk kanak kanak. Ini kerana sarapan pagi mempunyai pelbagai manfaat dan mempengaruhi emosi serta mental dalam memulakan aktiviti setiap pagi tetapi perlu diingat sarapan hendaklah terdiri daripada makanan yang berkhasiat dan kalau boleh kurang minyak dan lemak. Disini kami akan kongsikan beberapa manfaat sarapan pagi kepada tubuh badan kita.
 
1. MEMBEKALKAN TENAGA.
Sarapan yang berkhasiat akan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk kita memulakan hari. Dengan tenaga yang mencukupi, kita akan lebih mudah untuk membuat kerja, lebih fokus, serta lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah.
 
2. MENGELAKKAN OBESITI. Obesiti atau kegemukan terjadi apabila seseorang tidak mengambil makanan secara seimbang. Kesan daripada rasa lapar menyebabkan mereka mengambil makanan tengah hari dalam kuantiti yang banyak. Jadi kita dapat lihat bahawa sarapan pagi mampu mengawal pemakanan seseorang.
 
3. MENGELAKKAN GASTRIK. Perut yang tidak diisi sering mengundang gastrik untuk menyerang. Ini kerana perut yang kosong bagi mereka yang tidak mengambil sarapan, mereka akan menahan lapar sehingga waktu makan tengahari. Jadi gastrik mudah menyerang golongan begini. Pasti kita tidak mahu anak anak sakit, jadi pastikan anak anak kita mengambil sarapan sebelum ke sekolah.
 
4. MENINGKATKAN MOOD. Apabila perut lapar, pasti mood kita akan menjadi tidak stabil. Kita akan mudah marah dan kurang fokus. Apabila mengambil sarapan akan membantu mengembalikan mood. Ini amat penting terutama untuk anak anak yang masih bersekolah supaya mereka dapat fokus di dalam kelas dan lebih mudah menerima apa yang mereka pelajari.

JAUHI 4 UCAPAN INI DALAM MENEGUR KESALAHAN ANAK

Seringkali kita dengar anak mengadu mengantuk di dalam kelas, malah guru guru juga perasan kebanyakan anak murid mereka tidak fokus dan mengantuk di dalam kelas. Adakah berkaitan dengan gaya hidup dan persekitaran anak anak tersebut?Mari kita kupaskan apa penyebab anak anak mengantuk dalam kelas.
 
1. Tidur tidak mencukupi. Apabila tidur tidak mencukupi, anak anak tidak akan berasa segar apabila bangun daripada tidur keesokan harinya. Ini mungkin terjadi kerana pada malam sebelumnya mereka asyik bermain permainan video, gadget dan menonton televisyen. Ibu bapa perlu memantau aktiviti mereka. Jika tidur tidak cukup, tidak cukup rehat, bangun pagi tidak segar mana mungkin mereka boleh fokus didalam kelas kan?
 
2. Dehidrasi. Air putih amat penting untuk tubuh badan kita. Ia membekalkan oksigen yang mencukupi bagi membolehkan kita kekal tidak mengantuk, tidak letih dan kekal fokus sepanjang hari. Oleh itu galakkan anak anda untuk minum air putih malah bekalkan mereka daripada rumah supaya lebih mudah.
 
3. Tidak mengambil sarapan. Sarapan merupakan makanan pertama dalam memulakan hari kita. Kebanyakan waktu pagi sehingga tengahari adalah waktu bagi anak anak ke sekolah dan belajar dalam kelas. Jadi sarapan sangat penting untuk memberi tenaga untuk anak anak sementara menunggu waktu rehat dan makan tengahari. Sarapan juga perlulah yang berkhasiat dan kurang minyak.
 
4. Cuaca yang tidak menentu. Sekarang dapat kita lihat cuaca tidak menentu, sekejap hujan sekejap panas. Cuaca sebegini memang pendorong kepada tubuh badan kita cepat letih, senang dijangkiti penyakit dan kurang fokus. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu pandai mendidik anak supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan. Pemakanan yang elok dan senaman pasti dapat membantu anak anak lebih imun dan kekal cergas sepanjang hari.
 
5. ANEMIA (kurang zat besi). Kanak kanak perlukan nutrien yang mencukupi supaya mereka cukup tenaga ketika di sekolah. Zat besi antara nutrien yang penting yang diperlukan oleh kanak kanak. Kekurangan zat besi akan memberi kesan keatas pertumbuhan kanak kanak.
 
Faktor faktor diatas boleh diatasi dengan pelbagai cara seperti minum air masak banyak, gaya hidup sihat dan pengambilan suplimen. Suplimen minda #int3tree sangat membantu anak anak untuk lebih cerdas dan fokus di dalam kelas. 

Berhenti Buat 5 Perkara Ini Untuk Elak Anak Tak Selesa Dengan Anda!!

Anak anak akan membesar mengikut peredaran masa. Anak juga manusia, punya hati perasaan dan keinginan. Sering kita lihat anak dan ibu bapanya seakan tidak sebulu ataupun tidak ‘ngam’. Selalu berselisih pendapat dan kerap bertengkar. Mengapa ini terjadi?Bukankah sepatutnya mereka perlu rapat kerana hidup didalam satu keluarga? Disini admin ingin bincangkan faktor – faktor yang menyebabkan anak anak kelihatan tidak senang dan membenci ibu bapa mereka.
 
1. TERLALU ‘OVERPROTECTIVE’Ibu bapa yang terlalu menjaga dan terlalu overprotective pasti akan menimbulkan rasa tidak puas hati anak terhadap mereka. Segala yang dilakukan oleh anak dipantau ketat oleh ibu bapa, akan membuatkan anak tersebut rasa rimas dan jengkel terhadap ibu bapa mereka. Sesekali ibu bapa perlu memberi sedikit ruang dan kebebasan kepada anak anak mereka dengan supervisi yang minima.
 
2. IBU BAPA TERLALU SIBUK DENGAN KERJA MEREKA. Ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anak anak mereka supaya hubungan antara ahli keluarga lebih erat. Kerja tidak pernah akan habis, apakata rancangkan sedikit waktu untuk melancong ke mana mana, pasti isu ini tidak akan berlaku antara ibu bapa dan anak anak.
 
3. KEKERASAN DALAM RUMAH TANGGA. Tidak kisah kekerasan ibu bapa terhadap anak mahupun antara ibu bapa itu sendiri. Anak anak mendambakan kehidupan yang harmonis antara ahli keluarga. Ketika salah seorang ibu ataupun bapa bertindak kasar kepada pasangan atau kepada anak, maka hal ini kerap menimbulkan dendam dan kebencian.
 
4. PERBEZAAN CARA BERFIKIRAnak dan ibu bapa membesar dalam generasi yang berlainan. Pasti cara berfikir dan pendapat juga berbeza akibat dari persekitaran yang tidak sama. Oleh itu ibu bapa perlu belajar untuk menyesuaikan pendapat yang dikemukakan oleh anak, jika bernas apa salahnya.
 
5. IBU BAPA MERASA SELALU BETUL. Perangai ini akan menimbulkan rasa tidak senang kepada anak anak. Kadangkala ibu bapa perlu toleransi,kurangkan ego dan lebih terbuka supaya anak tidak merasa kekok apabila berdepan dengan mereka. Terima pendapat anak dan tegurlah secara berhemah sekiranya mereka tersilap.
 
6. ANAK DAN TIDUR.+ Pastikan Anak Kita Cukup Tidur
+ Jangan cukup tidur je, tidur anak juga kena nyenyak ( tidur mati )
+ Dalam tidur yang nyenyak tu la berlakunya proses self-healing pada anak
+ Memori pun senang terbentuk bila anak tidur nyenyak
+ Nak anak tidur nyenyak, jangan bagi anak main gajet sebelum tidur
+ Tidur kena mengiring ke kanan

6 Simptom Anak Kurang Nutrisi

Anak anak perlu nutrisi yang mencukupi untuk membesar. Tanpa nutrisi yang mencukupi, anak akan terganggu emosi dan mental malah tumbesaran mereka juga terganggu. Ibu bapa perlu memantau kadar nutrisi yang diperlukan oleh anak anak mereka supaya anak mereka dapat membesar dengan sihat. Disini kami kongsikan beberapa tanda bahawa
anak anda kekurangan nutrisi.
 
1. Murung, tidak ceria dan kuat meragam. Anak anak yang murung dan tidak ceria merupakan salah satu tanda mereka kehilangan nutrisi. Mereka juga kurang aktif dan selalu tidak peka dlam melakukan sesuatu.
 
2. Kerap sakit. Selsema dan demam mudah menyerang anak yang kurang nutrisi. Ini menunjukkan sistem imun mereka tidak kuat akibat kekurangan nutrisi.
 
3. Terlalu kurus atau terlalu gemuk. Jika nutrisi mencukupi untuk seseorang kanak kanak, berat badan mereka akan kekal pada yang ideal. BMI mereka akan stabil dan mereka tidak terlalu gemuk ataupun kurus. Kekurangan nutrisi boleh mendorong mereka cepat merasa lapar dan kerap makan ataupun dalam situasi lain, mereka hilang selera makan sehingga kurang makan dan terlalu kurus
 
4. Hyperaktif. Jika anak anda hyperaktif, kemungkinan besar anak anda kekurangan nutrisi yang diperlukan. Kanak-kanak hiperaktif cenderung untuk mempunyai kekurangan bakteria flora dan mempunyai sistem pencernaan yang lemah. Ia akan menybabkan tubuh mereka sukar untuk menyerap nutrien yang berbeza. Disebabkan hiperaktif ini mempunyai kaitan juga dengan penghadaman, maka salah satu cara semulajadi untuk membantu mengatasi masalah hiperaktif adalah dengan membetulkan kembali sistem penghadaman.
 
5. Susah bangun pagi. Nutrisi seperti kalsium amat penting untuk membolehkan anak anda tidur lebih lena dan mendapat rehat yang mencukupi. Kekurangan kalsium menjadi penyebab anak kurang rehat dan susah bangun pagi. Cara mudah membolehkan anak cukup kalsium ialah dengan memberi mereka minum susu sebelum tidur.
 
6. Kulit dan rambut kering. Kulit dan rambut yang kering boleh dikaitkan dengan kekurangan vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E, dan K2. Vitamin vitamin ini yang akan membantu kulit dan rambut anak anda sentiasa kelihatan sihat dan bersinar. Pengambilan air kosong juga penting dalam mendapatkan rambut dan kulit yang sihat.

Mainkan 6 Peranan Sebagai Ibu Bapa Untuk Mengatasi Keruntuhan Akhlak Remaja

Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kian memuncak akhir akhir ini. Sering kita dengar berita yang menceritakan bagaimana anak anak remaja semakin berani dalam memberontak dan melakukan perkara di luar jangkauan ibu bapa. Penyalahgunaa dadah, ragut, pornografi dan seks bebas antara perkara yang kerap kita dengar tersebar di media massa. Jadi hari ini admin akan kongsikan cara cara kita sebagai ibu bapa dapat mengatasi gejala keruntuhan akhlak dikalangan anak anak kita.
 
1. Melentur Buluh Biar Dari Rebung. Pepatah ini sering kita dengar yang bermaksud didikan sejak awal ataupun sejak kecil. Anak ini ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya. Didikan yang betul perlu dimulakan sejak anak itu kecil lagi supaya mereka lebih terbiasa dengan persekitaran yang lebih sihat dan mampan.
 
2. Didikan Agama. Didikan agama ialah komponen paling penting kerana “Islam is the way of life”. Agama yang mengajar cara hidup dan pantang larang kita dalam kehidupan. Dapat kita lihat agama selain Islam juga mendorong kearah kebaikan, tiada yang mendorong ke arah kejahatan. Jadi agama amat penting untuk diterapkan dalam hidup anak anak.
 
3. Pengurusan Masa Dan Jadual. Pengurusan masa yang teratur sangat penting supaya anak anak tiada masa terluang untuk membuat perkara perkara aneh. Pengurusan masa yang sistematik amat membantu anak anak untuk kekal teratur dan masa mereka diisi dengan aktiviti aktiviti yang berfaedah.
 
4. Bertindak Sebagai Penasihat Dan Pemberi Semangat. Ibu bapa perlu memberi sokongan moral dan penasihat jika anak ingin melakukan apa apa sahaja. Ini kerana kita dapat pantau apa yang mereka ingin lakukan, dapat halang jika mereka terpesong dari jalan yang mereka patut lalui.
 
5. Pantau Kebebasan Anak Apabila Bergaul. Kenalpasti mereka bergaul dengan siapa dan siapa kawan mereka. Cukup sahaja kenal, jangan berlebihan nanti anak rimas pula dan kita dikatakan mengongkong. Pantau dan tegur mereka apabila mereka bergaul dengan orang yang salah.
 
6. Luangkan Lebih Masa Bersama Anak Anak. Cari duit itu penting tapi kerja tidak akan habis. Baliklah “on time” dan luangkan masa bersama anak anak. Boleh plan untuk pegi melancong sekeluarga di dalam mahupun di luar negara supaya anak anak tidak berasa terabai dan mencari keseronokan sendiri.

Racun dalam mainan mempengaruhi perkembangan minda anak. Harus berwaspada!

Anak anak pasti sukakan mainan yang berwarna warni dan pelbagai bentuk. Ibu bapa pula kadang kala mengambil mudah tentang pemilihan jenis permainan untuk anak. Yang paling teruk ibu bapa hanya mementingkan harga yang murah berbanding faktor lain. Tahukah anda mainan anak anda mungkin dicemari toksik plumbum.
 
Menurut Centre for Disease Control (CDC), sumber utama keracunan plumbum ialah:
1) Mainan kanak-kanak plastik. Plumbum digunakan untuk melembutkan dan menjadikan plastik lebih fleksibel. Apabila terkena cahaya matahari, udara dan detergen, plastik ini akan menjadi debu mengandungi plumbum tercemar.
2) Warna pada mainan kanak-kanak. Walaupun sudah diharamkan, pewarna tercemar plumbum masih lagi boleh didapati di pasaran. Pada tahun 2014, Kementerian Perdagangan mendapati banyak barangan mainan kanak-kanak yang diseludup masuk daripada China tercemar dengan logam berat plumbum ini.
Plumbum merupakan logam berat yang tidak mempunyai nilai paras yang selamat di dalam badan. Ia sangat toksik kepada sistem saraf, sistem darah dan organ hati dan buah pinggang. Selain itu, kajian menunjukkan plumbum boleh mencemari susu badan dan juga bayi dalam kandungan.
 
Paras plumbum darah yang tinggi pada wanita hamil boleh menyebabkan keguguran, bayi kurang berat, bayi pramatang dan juga masalah perkembangan kemudiannya pada zaman kanak-kanak. Plumbum juga akan memberi kesan keatas perkembangan minda kanak kanak.
 
12 Simptom berkaitan keracunan plumbum:
 
Semua sistem di dalam badan boleh terjejas kerana keracunan plumbum ini. Antaranya:
1) Hilang selera makan
2) Sakit perut
3) Muntah
4) Kurang berat badan.
5) Sembelit
6) Kurang darah merah.
7) Kerosakan buah pinggang.
8) Lesu
9) Masalah pembelajaran
10)Masalah tingkahlaku
11)Kebas hujung kaki dan tangan
12)Hilang memori
 
 
4 LANGKAH PENTING PENCEGAHAN
 
1) Pilih mainan yang berlabel MC ( Malaysian Conformity). Mainan ini mematuhi piawaian keselamatan termasuk bebas plumbum insha Allah.
2) Plumbum sangat minima kesannya jika bersentuhan berbanding melalui sedutan pernafasan ataupun mulut. Maka jauhkan pewarna atau permainan yang mungkin tercemar plumbum daripada anak kecil yang suka masukkan mainan dalam mulut.
3) Elakkan mainan lama terdedah matahari . Buang sahaja jika plastik sudah mengeras dan luluh warnanya.
4) Sepertiga mainan daripada China didapati tercemar plumbum. Elakkan jika mampu. Jika tidak, mungkin perlu lebih penekanan tentang 3 point penting di atas.
 
Oleh itu kita sebagai ibu bapa seharusnya peka dan lebihkan perhatian dalam memilih mainan untuk anak anak kita. Jangan kerana ingin berjimat, kita sekeluarga menanggung akibatnya. Pemilihan mainan yang betul adalah perlu untuk kesihatan keluarga kita.
 

Jus Kotak Buahan, Adakah Berkhasiat Untuk Anak ?

Ketika kita berbelanja bersama keluarga di pasaraya, sering kali anak pinta untuk membelikan minuman. Kita sebagai ibu bapa pun mestilah nak yang terbaik untuk anak anak, lantas kita pun pilih jus buah dalam kotak. Sampai rambang mata sebab kat rak banyak pilihan jus sebegini. Pada pandangan kita, jus buah pasti berkhasiat sebab asalnya daripada buah buahan namun tahukah anda sebenarnya jus buahan dalam kotak lebih tinggi kandungan gula berbanding air bikarbonat?
 
Jus buahan dalam kotak sebenarnya dikategorikan sebagai JUNKFOOD. Ia adalah makanan ringan yang banyak gula dan perasa tambahan. Kalau jus buah original mana boleh tahan berbulan bulan, pasti cepat rosak tapi jus buahan dalam kotak ni lama pula tahannya. Macam ada udang sebalik batu pula. Mari kita bincangkan apa yang sebenarnya ada dalam jus jenis ini.
 
Didalamya paling tinggi fruktosa iaitu gula paling toksik! Dalam 200mg jus lebih kurang ada 10% gula fruktosa daripada jumlah jus itu sendiri. Yang paling teruk,oleh sebab kebanyakan serat buahan itu dibuang, anda menyerap hampir semua gula yang ada didalamnya!
 
Antara kesan buruk pengambilan fruktosa secara berlebihan ialah:
 
1) Menyebabkan ketagihan gula!
– Ketagihan gula boleh menjurus kepada masalah gigi dan penyakit penyakit lain
2) Membebankan dan merosakkan organ hati.
-Hati ialah organ yang penting dalam tubuh badan kita untuk menapis toksik toksik yang berada dalam badan kita. Jika fungsinya terganggu maka binasalah tubuh badan kita.
 
3) Meningkatkan asid urik penyebab gout.
– Kebiasaannya penyakit gout menyebabkan seseorang itu sukar untuk berjalan. Asid urik yang terhasil dari pengambilan gula fruktosa yang banyak ialah penyebab gout yang paling utama
4) Meningkatkan kolesterol penyebab penyakit kronik
– Kolesterol seperti yang kita semua tahu amat bahaya jika terlalu tinggi tahapnya. Penyakit kronik akan sering mendampingi kita jika tahap kolesterol tidak dijaga.
 
So lepas ni anda boleh nilai sendiri baik buruk jus buah dalam kotak ini, adakah baik untuk anak anda. Buat pilihan yang betul, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Bahaya Tabiat Gigit Kuku Dan Cara Mengatasinya

Pasti kita selalu nampak kanak kanak menggigit kuku mereka bukan? Kadangkala anak kita sendiri yang ada tabiat macamni. Gigit kuku ni sebenarnya boleh dikatakan tabiat tapi tabiat ini membawa bahaya dan kesan buruk kepada pelakunya. Ingin tahu apa bahayanya gigit kuku ini?Teruskan membaca.
 
Keburukan Tabiat Gigit Kuku
 
1. Banyak Bakteria.
Tabiat menggigit kuku ni akan mengakibatkan bakteria dan kulat kulat bawah kuku kita masuk ke mulut. Banyak sangat bakteria bawah kuku kita, jadi bila gigit semua tu masuk dalam mulut. Hasilnya kita akan senang dapat penyakit dan antibodi menjadi lemah. Walaupun gigit kuku ni cumalah habit, tapi habit yang kategori bad habit sebab bawa kemudaratan, so sebab tu kena stop.
 
2. Jari Menjadi Hodoh dan Tidak Kemas.
Keburukan lain ialah jari jadi hodoh akibat kuku rosak dan tidak cantik. Kuku akan nampak tidak normal, senget sana sini dan tidak cantik. Nampak jari tidak kemas dan orang lain mungkin akan memandang serong apabila terlihat jari anda.
 
3. Kebarangkalian Gangguan Kesihatan
Yang Serius
Habit buruk ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan yang serius. Antaranya, akan menimbulkan luka pada hujung jari kerana kebiasaanya mereka juga akan gigit kulit di sekeliling kuku mereka. Itulah punca sampai kadang kala berdarah. Selain itu habit gigit kuku juga meningkatkan risiko radang pada kuku dan mulut. Kadangkala habit gigit kuku juga adalah punca masalah pergigian yang serius. Ini semua akibat bakteria yang berada di bawah kuku.
 
 
Cara Mengatasi Masalah Anak Suka Gigit Kuku
 
– Cipta Mitos Yang Munasabah
Reka cerita yang munasabah supaya anak mengerti apa yang dilakukan itu adalah salah dan membawa mudarat. Mungkin nampak kelakar,tapi mana tau berkesan. Rekalah mitos seperti “perut kan buncit kerana kuman dikuku masuk ke dalam perut”. Anak anak akan ingat perkara tersebut setiap kali dia ingin gigit kuku dan secara perlahan akan meninggalkan tabiat itu.
 
-Buatkan tangannya sibuk
Jika anak suka mewarna, selalu temankan dia mewarna buku mewarna. Ini kerana supaya masanya sentiasa terisi dan tidak ingat untuk meneruskan habit menggigit kuku.
 
-Tutup Kukunya
Tindakan menutup kuku boleh dilaksanakan jika masalah gigit kuku semakin kronik. Menutup kuku menggunakan plaster akan menghalang si manja daripada eneruskan niatnya itu. Selain itu pemakaian inai juga boleh membantu mengurangkan bad habit tersebut kerana warna dan bau hasil daripada inai tersebut.
 
-Berikan rasa tidak sedap.
Mungkin anda juga boleh mencalitkan perasa pada kuku anak anda. Bagaimanapun pastikan perasa tersebut tidak berbahaya seperti beracun, melukakan kulit, mata dan tidak selamat jika termakan.

Atasi Anak Suka Menjerit

Ada satu fasa dalam pertumbuhan kanak kanak dimana mereka sedang mengeksplorasi suaranya. Yang mana mereka akan berasa senang apabila melantangkan suara mereka tak kira tempat pada bila bila masa. Mereka tidak menghiraukan sekeliling. Bagi mereka tiada apa yang abnormal berkaitan perkara ini, tetapi bagi ibu bapa pasti saat ini memalukan terutama apabila anak anak buat perangai di tempat awam. Kali ini kami kongsikan beberapa tips mengatasi anak yang suka menjerit jerit.
 
Jangan Marah di Depan Orang Ramai
– Nak marah boleh, sebagai peringatan tapi jangan buat depan orang ramai sebab akan mempengaruhi emosi anak anak. Malah lebih teruk lagi jika mereka memberontak dan teruskan perbuatan melantangkan suara tersebut. Bawa mereka ke tempat lain dan nasihati mereka. Cakap baik baik, pasti mereka faham.
 
Sampaikan Harapan Anda Dengan Jelas
– Contohnya katakan kepada mereka, “Ibu suka lihat kamu bermain, tetapi bukan dengan cara menjerit jerit sebegini. Cuba cakap secara lembut dengan ibu.” Pasti mereka akan mengerti dan faham bahawa perbuatan melantangkan suara itu tidak disukai ibunya.
 
Bawa anak ke tempat yang sesuai untuk menjerit
-Pasti ibu bapa di luar sana pelik melihat ayat ini bukan? Maksudnya jika berkelapangan bawa mereka ke taman, pantai dan tempat tempat yang lebih lapang. Biarkan mereka menjerit di sana dan katakan ini adalah tempat yang sesuai jika ingin menjerit. Bukan di rumah dan di tempat awam yang sesak dengan orang ramai. Cara ini akan membuatkan anak anak nampak beza tempat yang boleh dan tidak boleh menjerit.
 
Mungkin tidak secepat mungkin mereka akan faham, namun secara perlahan mereka akan sedar dan menuruti apa yang kita perintahkan. Perkara ini mengambil masa dan anda perlu bersabar melayan kerenah si manja.

          2018 © iqwiens int3Tree by Nizwien Enterprise (SA0118239-V)